HSN21 Fitness Challenge

RM0.01

4937 in stock

BACA SINI TERLEBIH DAHULU

Sila baca terma & syarat terlebih dahulu di bawah, Anda perlu muat-naik video di social media terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran di bawah.
.
Satu IC hanya di benarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja. Faham syarat terlebih dahulu sebelum hantar penyertaan. Ulangan pendaftaran di anggap tidak berjaya.
.
Baca 5 muka surat di bawah
– Pengenalan
– Syarat Cabaran
– Video Cabaran
– Pemenang
– Tututan hadiah
.
Pertanyaan? Email kepada harisukannegara@absolutewellness.my

T-shirt ini akan di berikan jika anda salah seorang pemenang cabutan bertuah.

Hanya masukkan nombor sahaja tanpa tanda sempang (-)

Sila baca arahan & syarat di paling bawah sekali. Dan tick jika anda bersetuju dengan syarat cabaran.

Sold By: Absolute Wellness
Category:

Program ‘HSN21 Fitness Challenge’ merupakan salah satu daripada acara yang akan berlangsung pada Hari Sukan Negara 2021 yang akan disambut pada 9 Oktober 2021 (Sabtu) secara serentak di seluruh negara. Pelaksanaan program HSN2021 adalah secara hibrid dan Aktiviti ‘HSN21 Fitness Challenge’ boleh dilaksanakan pada 1hb sehingga 20hb Oktober 2021. HSN21 Fitness Challenge merupakan satu aktiviti cabaran senaman selama 1 minit, dan mempunyai sehingga 10 cabaran pergerakkan dan 1 cabaran tambahan untuk memenangi hadiah utama. Sesiapa yang menyelesaikan cabaran mengikut syarat yang ditetapkan layak menang hadiah cabutan bertuah dari pihak penganjur.

Anda mempunyai pilihan untuk melakukan seberapa banyak cabaran yang anda mahukan. Lagi banyak cabaran yang di lakukan anda akan dapat lebih banyak token untuk cabutan bertuah.

1 Cabaran = 1 Token Cabutan Bertuah
10 Cabaran = 10 Token Cabutan Bertuah

Untuk memenangi hadiah utama anda perlu melakukan satu lagi cabaran tambahan iaitu 5 km run sama ada indoor atau outdoor.

TEMPOH CABARAN

Cabaran akan berlangsung mulai 1 Oktober 2021  hingga 20 Oktober 2021 (Tempoh Cabaran). Pihak Penganjur berhak untuk membuat pindaan ke atas Tempoh Cabaran pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Cabaran akan dibatalkan.

KRITERIA KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 10 tahun ke atas.
  3. Individu berumur di bawah 15 tahun perlu melaksanakan aktiviti ini dengan pengawasan ibu bapa / penjaga dewasa.
  4. Sihat tubuh badan untuk melakukan aktiviti fizikal.

SYARAT PERTANDINGAN

  1. Peserta akan masuk ke laman web dan melihat video tutorial dan syarat cabaran 1 minit yang akan di buat oleh jurulatih kecergasan.
  2. Peserta diberi pilihan sehingga 10 jenis cabaran dan satu cabaran tambahan untuk layak memenangi cabutan bertuah hadiah utama.
  3. Peserta perlu merakam video dan muat naik video cabaran di platform social media masing-masing (Facebook/Instagram/TikTok). Lebih banyak video cabaran yang dimuat naik, lebih besar peluang untuk menang hadiah cabutan bertuah.
  4. Satu IC hanya boleh membuat satu pendaftaran/penyertaan sahaja.
  5. 1 video cabaran yang dimuat naik ke social media, akan mendapat 1 TOKEN untuk cabutan bertuah.
  6. Syarat untuk menang hadiah utama (jam sukan), wajib melakukan cabaran tambahan iaitu 5km run samada secara outdoor atau indoor (treadmill) dalam tempoh 1 Oktober 2021 sehingga 20 Oktober 2021
  7. Profil social media hendaklah diletakkan sebagai public dan bukan private.
  8. Peserta tidak dibenarkan untuk delete video sebelum pemenang diumumkan.
  9. Video dan profil mestilah individu yang sama seperti di dalam pendaftaran. Sebarang penukaran tidak dibenarkan.
  10. Peserta perlu menggunakan hashtag #HSN21FitnessChallenge dan #keluargaMalaysiacergasbersama di platform social media masing-masing.
  11. Selepas muat naik video ke social media, peserta perlu mengisi borang pendaftaran di website dan memasukkan link video cabaran yang telah dimuat naik.
  12. Setiap peserta akan dapat e-certificate di dalam email.
  13. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang di alami ketika peserta melakukan cabaran.Ini adalah tanggungjawab masing-masing dan pastikan keadaan kesihatan adalah baik sebelum melakukan cabaran tersebut.
  14. Keputusan akhir penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan
  15. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta yang kelayakan dipersoalkan atau yang selain nya tidak layak untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini sekiranya terdapat Peserta yang melanggar terma dan syarat atau penipuan.
  16. Penganjur berhak menukar sebarang hadiah pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

SENARAI PENDEK DAN PENGUMUMAN PEMENANG

  1. Peserta yang layak akan dipilih secara cabutan rawak dari pendaftaran yang dikumpul di akhir Tempoh Aktiviti. Cabutan rawak yang pertama akan dilakukan untuk pemenang hadiah-hadiah saguhati dan akhirnya pemenang hadiah utama (Grand Prize).
  2. Sekiranya Peserta Terpilih tidak dapat dihubungi atau gagal untuk mengesahkan identiti pemenang, Penganjur mempunyai hak untuk menghubungi Peserta yang dipilih dari cabutan rawak yang seterusnya, dan mengisytiharkan Peserta Terpilih tersebut sebagai pemenang.
  3. Setiap Peserta hanya layak memenangi satu (1) Hadiah, tanpa mengira bilangan token yang diterima oleh Penganjur.
  4. Pemenang akan diumumkan melalui portal www.harisukannegara.my dan website absolute wellness hsn21.absolutewellness.my
  5. Nombor Cabutan Bertuah peserta adalah merupakan nombor order yang di terima melalui email.

Hadiah untuk Cabaran ini adalah:

  1. Hadiah Utama x 3 unit – 1 unit Apple Watch, 1 unit COROS PACE 2 dan 1 unit Garmin Instinct
  2. Hadiah kedua x 10 unit – Dumbbell 15 lbs
  3. Hadiah ketiga x 10 unit – Vinyl Kettlebell 15 lbs
  4. Hadiah keempat x 10 unit – Voucher RM 50 Al Ikhsan
  5. Hadiah saguhati x 100 unit – T-shirt HSN21 Fitness Challenge

*Penganjur berhak menukar sebarang hadiah pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.