DOMS (Delayed Onset Muscle Soreness)
Boleh didefinisikan sebagai fenomena kesakitan otot, keradangan atau ketegangan otot yang berlaku pada hari yang sama latihan dilakukan ataupun pada hari keesokannya. Biasanya bagi individu yang tidak aktif apabila melakukan aktiviti fizikal intensiti sederhana atau tinggi, terdapat kemungkinan bahagian otot tertentu yang akan berasa sakit.
Petua bagi yang mengalami DOMS dan mahu mendapatkan tempoh pemulihan yang lebih cepat :
Regangan: Regangan selepas memanaskan badan dan sekali lagi pada akhir latihan akan mengurangkan kesakitan dengan membantu melegakan ketegangan otot dan menghalang kecederaan.
Fahami badan sendiri : Jauhi senaman vigorous yang boleh menambahkan kesakitan.
Kekal aktif: Walaupun badan akan sakit atau lenguh, bergeraklah dengan aktiviti sederhana kerana cara ini dapat menyokong proses pemulihan dengan meningkatkan peredaran dan metabolisma badan.
Rehat dan pemulihan : Keradangan otot tersebut akan berakhir selepas tiga hingga tujuh hari tanpa memerlukan rawatan khas dan dapatkan rehat yang mencukupi.
Jika terus mengalami kesakitan ataupun sakit bertambah teruk selepas tujuh hari sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Very good info 👍🏻