Peralatan Home Gym yang Terbaik

Mempunyai peralatan senaman di rumah boleh menjadikannya lebih mudah untuk menyesuaikan latihan anda! Berikut adalah beberapa peralatan senaman yang saya ingin cadangkan dan mempunyai pelbagai fungsi senaman.

Yoga Mat
Yoga mat dapat membantu untuk mengalas badan dan menyerap kesan impak terhadap anggota badan. Ia juga dapat melindung anggota badan seperti lutut ketika anda membuat lunges. Selain itu yoga mat boleh memberikan permukaan yang tidak tergelincir.

Jika senaman anda termasuk melompat, tikar senaman yang lebih tebal 8mm-10mm bersama teknik yang betul boleh mengurangkan kesan pada sendi anda.

Bila nak beli yoga mat, pertimbangkan bagaimana anda menggunakannya. Pilih ketebalan yang sesuai dengan senaman anda, jika buat yoga, 6mm sudah cukup, jika anda buat latihan HIIT, boleh pilih 8mm dan ke atas. Dan pastikan ianya ringan dan mudah untuk di bawa kemana-mana.

Bench
Mempunyai bangku di rumah adalah satu pelaburan yang berbaloi, pada pandangan saya.

Di absolute wellness kita menggunakan pylo wooden box, di mana ia tak sesuai untuk di letakkan di rumah, kerana saiz nya yang besar. Bench mempunyai banyak jenis, ada yang boleh lipat dan mudah di simpan di rumah.

Antara senaman yang kita boleh buat di bench seperti step-ups, dips, push-ups, split squats, bench press, bench row dan pelbagai lagi.

Dumbbells
Dumbbells adalah peralatan yang boleh anda gunakan dengan hampir semua latihan. Ia adalah pelaburan yang baik kerana tidak mengambil banyak ruang dan dapat membantu menambah intensiti latihan.

Nasihat saya adalah untuk membeli 2-3 set berat yang bervariasi supaya anda boleh menggunakannya untuk pelbagai latihan.

Sekiranya anda mempunyai wang lebih, jangan pilih set yang terasa sangat selesa untuk digunakan dan dipegang. Sebaliknya pilihlah yang sedikit lebih berat, untuk membantu mencabar diri sendiri dan meningkatkan kekuatan anda.

Jump Rope
Saya selalu mendapat banyak soalan tentang bagaimana wanita boleh menyelesaikan kardio mereka di rumah jika mereka tidak mempunyai treadmill atau tidak mahu berjalan di luar.

Jump Rope adalah satu penyelesaian yang sangat baik untuk semua masalah kardio ini kerana ia membantu untuk meningkatkan heart rate.

Anda juga boleh menggunakan Jump Rope untuk pemanasan badan (warm-up).

Foam Roller
Foam Roller boleh membantu anda untuk pulih lebih cepat (recovery) dari latihan anda!

Manfaat Foam Roller termasuk meningkatkan aliran darah ke otot anda dan mengurangkan ketegangan otot. Aliran darah yang lebih besar bermakna otot anda mendapat lebih banyak oksigen dan nutrien, membantu pemulihan yang lebih pantas dari senaman.

Leave a Reply

%d bloggers like this: