fbpx

Penangan COVID-19, Rakyat Malaysia Makin Cakna, Simpan Duit Untuk Situasi Kecemasan

Pandemik COVID-19 yang datang secara tiba-tiba memberikan kejutan kepada rakyat di seluruh dunia. Ramai individu yang tidak amalkan gaya hidup sihat mula merasai kesannya terhadap wang simpanan mereka.

Kini, rakyat Malaysia semakin sedar bahawa mereka perlu bersedia untuk menghadapi kecemasan sebegini pada masa hadapan.

Walaupun begitu, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai sebarang simpanan ataupun insurans yang boleh mereka gunakan ketika menghadapi saat kecemasan kesihatan.

Ramai rakyat Malaysia yang fikir mereka mungkin tidak akan jatuh sakit dalam masa terdekat.

Namun, apabila pandemik ini melanda, ia telah berjaya membuka mata sesetengah pihak bahawa penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja.

Rakyat Malaysia mempunyai lebih kesedaran dalam membuat persiapan kecemasan

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, sebanyak 46% rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk perlindungan tambahan seperti wang simpanan atau insurans untuk penjagaan kesihatan mereka.

Namun, setelah COVID-19 melanda, semakin ramai yang sedar kepentingan wang simpanan kecemasan dan insurans kesihatan.

Menurut tinjauan yang sama, 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia akan bertindak meminjam wang daripada ahli keluarga atau rakan-rakan mereka untuk bantu menampung kos perubatan jika mereka terlibat dalam apa-apa kecelakaan.

Ternyata pandemik COVID-19 telah mengubah pandangan kebanyakan rakyat Malaysia.

Kini, mereka semakin bersedia kerana telahpun sedar penyakit sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira latar belakang ataupun usia.

Penggunaan aplikasi kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia

Menurut Dr. Feisul, bergantung kepada aplikasi kesihatan semata-mata tidak akan mengubah tabiat kesihatan rakyat Malaysia.

Sebagai contoh, walaupun rakyat Malaysia mempunyai aplikasi kesihatan, mereka tidak semestinya akan bangun pagi dan bersenam setiap hari.

Pada akhirnya, semuanya bergantung kepada sikap individu itu sendiri. Perbahan hanya akan berlaku jika individu tersebut ingin berubah. Aplikasi kesihatan hanyalah pemangkin kepada perubahan tersebut.

Usah fokus hanya pada teknologi semata-mata.

Sikap pengguna dan juga tahap kesihatan serta pemahaman mereka terhadap penggunaan teknologi lebih penting dalam usaha kerajaan untuk memperkenalkan teleperubatan kepada semua.

Pandemik bukan alasan untuk tidak amalkan gaya hidup sihat

Pasca PKP, lebih ramai rakyat Malaysia juga didapati telah mengamalkan senaman dan gaya hidup sihat. Malah, kebanyakan individu memilih untuk bersenam di rumah kerana ingin mengekalkan penjarakan sosial.

Dr Feisul juga mengulas, hampir 88.8% responden berpendapat bahawa bersenam boleh membantu mereka menghadapi PKP dengan lebih baik.

Tambah lagi, 97% bersetuju bahawa aktiviti fizikal perlu diamalkan sewaktu PKP.

Perubahan ini dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana sebelum PKP, sebanyak 85.5% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif.

Namun, pandangan kebanyakan rakyat Malaysia sudah berubah dan mereka bersependapat amalan gaya hidup sihat itu penting untuk kesihatan mereka.

Rakyat Malaysia pilih gaya hidup sihat, akan menabung untuk situasi kecemasan

Tuntasnya, rakyat Malaysia kini lebih bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi sebarang kecemasan dari segi kesihatan pasca COVID-19.

Mereka juga lebih bersedia untuk membahagikan wang simpanan untuk tujuan kesihatan. Malahan, lebih ramai mula pergi ke gym untuk tujuan kesihatan mereka.

Rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan gaya hidup yang sihat berbanding dengan sebelum PKP.

Kesemua perubahan ini merupakan antara kesan positif COVID-19 ke atas rakyat Malaysia di negara kita.

Sumber hellodoktor

Leave a Reply

%d bloggers like this: