Kalori Defisit VS Keto/Atkins/Vegan/LowCarbs/Intermittent Fasting/Berpuasa

Terima kasih kepada ellice yang bertanyakan soalan tentang, kenapa penting Kalori Defisit berbanding jenis-jenis diet yang lain seperti Keto/Atkins/Vegan/LowCarbs/Intermittent Fasting/Berpuasa dan sebagainya.

Berbalik kepada teori asas untuk kurangkan berat badan (lose weight). Ini belum teori untuk kurangkan lemak lagi (burn fat). Ada dua perkara berbeza untuk kurangkan berat badan dan kurangkan lemak badan.

Saya akan kongsikan pada dua topik blog yang berbeza. Okey berbalik kepada topik hari ini. Kalori Defisit merupakan perkara asas untuk kita mengurangkan berat badan. Termasuk jika anda tinggal di hospital Dietitian akan mengirakan kalori defisit, diet yang sesuai di perlukan untuk pesakit mengurangkan berat badan.

Setiap orang mempunyai nilai kalori defisit yang berbeza. Dan kalori itu perlukan di kira supaya tidak membebankan atau terlalu sikit sehingga menyusahkan, dan sampai tahap starving mode.

Lihat pada gambar di atas, tak kira apa jenis diet anda pun, sebenarnya tetap menggunakan sistem kalori defisit, iaitu pecahan mestilah mengikut jumlah kalori yang di tetapan bagi mendapatkan hasil.

Tiada istilah boleh makan banyak mana tanpa mengira kalori tapi anda boleh mengurangkan berat badan. ITU TIDAK MUNGKIN BERLAKU.

Kita tengok antara diet-diet yang ada mungkin hanya sekadar ingin menukar mindset kita, supaya kita yakin cara ini mungkin berkesan pada kita. Sebab ramai orang dah cuba macam-macam ada yang dah bosan dengan diet tersebut, dan mungkin ada mindset mereka yang mengatakan ini tak boleh untuk badan mereka.

Sebenarnya everything is about mindset, jika anda fikir boleh ia pasti boleh, tak kira walau apa cara sekali pun. Tidak ada coach yang terbaik di dunia melainkan minda kita sendiri yang mendisplin kan diri kita.

Sama seperti sukan, ada yang mengatakan aerobic bagus membakar lemak, ada weight lifting, ada sukan dan pelbagai. Dalam teori tetap mengatakan antara perkara yang kita dapat ketika bersenam adalah kalori keluar (menggunakan tenaga dari sumber glycogen), dan juga muscle/otot yang koyak ketika senaman itu di buat.

Sama seperti diet, apa yang penting daripada aktiviti jenis-jenis diet di atas adalah kalori masuk. Jika jenis diet di atas bersesuaian dengan individu itu, yup boleh teruskan sahaja. Atau kadang-kadang ada orang yang suka tukar-tukar supaya tidak bosan, tidak ada masalah.

Apa pun jenis diet anda, tetap balik kepada asas iaitu kalori defisit, anda perlu lihat dari segi nutrients yang masuk ke dalam badan. Ada banyak strategi yang di gunakan atas jenis-jenis diet tersebut.

Antaranya diet atkins yang mengamalkan kalori dari sumber proteins over carbs and fat, diet keto amalkan sumber fat over proteins dan carbs, dan vegan diet yg hampir balance dietnya cuma kesukaran untuk mendapat protein yang cukup.

Jika anda mampu untuk menyediakan makanan untuk jenis-jenis diet tersebut, maka anda boleh la melakukannya. Tapi tetap mengikut keperluan kalori yang badan kita perlukan (BMR) dan calorie defisit (DCR) yang di perlukan untuk turun berat badan.

Jika ada soalan atau pendapat anda sila tulis di ruangan komen di bawah dan kita boleh bincangkan bersama. Mungkin apa yang tertulis di blog ini tidak begitu lengkap untuk memberi pencerahan kepada topik yang di berikan. Sila komen di bawah.

Jika anda ada soalan nak tanya pada saya untuk saya review boleh hantarkan soalan kepada info@absolutewellness.my

Leave a Reply

%d bloggers like this: