Dalgona Coffee Viral? Boleh Buat Gemuk Tak?

Dah tiga hari perintah kawalan pergerakan beroperasi, ini bermakna dah tiga hari juga la kita dah duduk rumah kan. Okay mesti pernah dengar kan kopi yang viral di media sosial dengan nama “DALGONA COFFEE” ni!

Kalau korang yang sentiasa mengikuti perkembangan trend di media sosial terutamanya aplikasi TikTok, korang mesti dah tahu betapa popularnya video cara membuat kopi viral ini.

Apa yang membuatkan Dalgona Coffee ini begitu tular adalah kerana bahan-bahan serta cara pembuatan minuman ini yang sangat ringkas dan mudah, iaitu hanya menggunakan 3 ramuan (nescafe, gula, susu).

Tak salah nak minum kopi ni, tapi perlu lah tahu hadnya dan jika kita tahu berapa kalorinya pasti kita boleh kurangkan sikit kalori di dalamnya.

Gambar Kredit to Nutritionist Azwa

Jika kita tengok gambar di atas, untuk satu gelas kopi dalgona ni dah guna hampir 70% daripada saranan keperluan gula kita dalam seharian.

Dari segi kalori pulak 330 kalori bersamaan hampir dengan 1 jam berjogging. Tapi jika teringin sekali sekala tu okey, just kurangkan kandungan gula dan susu, ataupun buat dalam gelas lebih kecil 150ml atau 200ml.

#StayAtHome #StayHealthierandHappier

Leave a Reply

%d bloggers like this: