fbpx

Betul Ke Virus Corona Boleh Merebak Dari Barang Import Order Online?

Wabak virus korona baharu yang telah menular di seluruh dunia sekarang ini bukan sahaja mewujudkan kebimbangan tentang apa tanda tanda virus korona yang harus diperhati.

Malah muncul juga persoalan adakah ia hanya merebak di kalangan pelancong, atau juga pada mereka yang suka membeli-belah online

Jika saya beli barang elektronik atau produk lain dari China, adakah saya boleh mendapat jangkitan virus corona baharu?

Sebagai pengguna, kami faham akan kebimbangan perihal risiko penyebaran jangkitan virus korona baharu. Terlalu banyak perkara yang masih lagi satu misteri, hingga membuatkan pengguna makin keliru. Barang dari China virus Corona?

Cara penyebaran virus korona baharu

Ingin tahu jika virus korona baharu boleh tersebar melalui barang yang ditempah dari China atau tidak? Anda perlu fahami dulu cara penyebaran virus tersebut. 

Oleh sebab maklumat virus korona baharu ini tidak banyak, ia menimbulkan banyak spekulasi berkaitan cara penyebarannya. 

Virus korona baharu mempunyai struktur dan penyebaran yang lebih kurang sama dengan virus korona lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV. 

Ia boleh tersebar melalui titisan udara (bersin dan batuk), dan sentuhan dengan individu berjangkit tinja atau fomit (objek yang tercemar oleh kuman berjangkit).

Individu akan mudah dijangkiti jika tidak memakai alat perlindungan seperti topeng muka. Tapi setakat ini, kebanyakan mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut telah dikuarantinkan bagi mengelakkan penyebaran.

Boleh dapat jangkitan ke dari barangan import?

Timbul persoalan, adakah barang dari China virus corona? Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan risiko penyebaran virus jika anda membeli barangan dari Taobao, salah satu syarikat perniagaan yang terkenal di China.

Jika dilihat pada virus corona yang lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV, tempoh hayat virus ini untuk berada di luar badan hanyalah beberapa jam.

Sementara itu, barangan yang ditempah dari China kebiasaannya sampai ke Malaysia dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam. Adakah jangka hayat virus corona boleh bertahan sehingga 24 jam?

Jika virus SARS-CoV adalah contoh, virus ini hanya boleh hidup di luar badan dalam tempoh beberapa jam, dan maksimum 4 hari.

Seperti kebanyakan mikroorganisma, virus ini memerlukan persekitaran yang lembap dan basah untuk hidup lebih lama.

Jika individu yang membungkuskan produk untuk dihantar ke destinasi anda bersin sekalipun, risiko untuk anda mendapat jangkitan adalah sangat rendah. Ini kerana jangka hayat virus corona tidaklah begitu lama.

Tiada kes virus corona berpunca daripada barangan import

Urusan beli-belah online amat popular kini dan China merupakan antara pembekal barangan online terbesar di dunia.

Mereka bukan sahaja menjalankan urusan eksport bagi barangan peribadi yang dibeli oleh individu, malah produk berskala besar yang melibatkan urusan jual beli negara.

Setakat ini, tiada laporan rasmi dari badan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan mereka yang membeli barangan dari China berisiko untuk mendapat jangkitan.

Setiap kes positif luar dari China yang dilaporkan adalah sama ada mereka mempunyai sejarah pelancongan ke Wuhan dan daerah berdekatan, atau bersentuhan secara langsung dengan individu yang berjangkit.

Masih tiada lagi rekod jangkitan disebabkan oleh barangan online yang dibeli daripada China. Ini kerana jangka hayat virus corona tidak dapat bertahan lama pada kotak barangan yang anda beli.

Malah, pihak berkuasa China telah mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan jadual penghantaran dan membuat pembasmian kuman sebanyak dua kali bagi memastikan barangan tersebut betul-betul bebas daripada virus korona.

Tanda tanda virus korona baharu dijangkiti anda

Virus ini berasal daripada keluarga yang sama dengan SARS-CoV dan MERS-CoV iaitu coronaviridae (atau virus korona).

Ia mula tular semenjak akhir tahun 2019 dan kini rekod jangkitannya telah melebihi 6,000 individu, mengatasi wabak SARS pada tahun 2002.

Sebenarnya, virus korona tidak asing lagi bagi setiap individu. Hal ini kerana, strain selain korona baharu, seperti SARS-CoV dan MERS-CoV boleh menyebabkan jangkitan selesema biasa. 

Oleh sebab itulah, mereka yang mengalami simptom selesema perlu mendapatkan rawatan di hospital untuk mengenal pasti agen penyebab kepada jangkitan tersebut.

Jika anda didiagnosis dengan jangkitan virus korona sekalipun, dapatkan kepastian berkenaan dengan strainnya.

Ini berikutan, terdapat 7 jenis strain virus korona yang menjangkiti manusia dan 4 daripadanya dikaitkan dengan penyakit selesema biasa.

Simptom yang disebabkan virus ini lebih ringan jika dibandingkan dengan apa yang pernah dialami oleh mereka yang terkena sindrom pernafasan akut teruk (SARS) dan sindrom pernafasan timur tengah (MERS).

Setakat ini tiada vaksin atau protokol rawatan yang boleh merawat jangkitan ini. 

Leave a Reply

%d bloggers like this: