10 Tips Bagaimana Nak Bakar Lemak Cepat

Ramai tanya saya macam mana nak hilang kan lemak di perut, di peha, di belakang bahu, dan lain2 tempat. Anda tidak boleh bakar mana-mana lemak mengikut kawasan, setiap kawasan yang berlemak akan tebakar bila kita mengamalkan kalori defisit. Ketika kalori badan kurang, lemak akan di gunakan (burn) sebagai tenaga.

  1. Mula Strength Training
    Sebab kita akan membina otot, otot dapat bantu meningkatkan metabolisma badan dan juga menaikkan jisim otot. Ia juga membakar lebih banyak kalori berbanding senaman lain.
  2. Follow a High-Protein Diet
    Untuk ni, saya mengamalkan setiap waktu hidangan/meal saya di lengkapi dengan sumber protein cth seperti, dada ayam, telur, seafood, kekacang dan juga dairy product mcm susu dan yogurt.
  3. Tidur yang cukup
    Untuk orang dewasa perlu tidur 6-8jam sehari. Kajian menujukkan orang yang tidur tak cukup, akan meningkatkan hormone lapar, meningkatkan selera makan. Kurangkan pengambilan kafein untuk memudahkan anda tidur waktu malam.
  4. Eat more Healthy Fats
    Meningkatkan pengambilan lemak baik, bantu untuk elak berat naik, dan bantu untuk buat kita rasa kenyang lebih lama. Lemak mengambil masa yang lama untuk di cerna/digest di mana ia membantu untuk mengurangkan rasa cepat lapar dan selera makan yang tinggi. Contoh healthy fat adalah seperti coconut oil, olive oil, kekacang, avocado, dan seeds.
  5. Drink Healthier Beverages
    Kurangkan minum air bergula, dapat mengurangkan banyak kalori harian. Dengan mengamalkan minuman sihat, seperti air kosong, teh hijau, kopi kosong, limau kosong mampu menampakkan hasil perubahan yang sgt ketara. Minum 500ml air setiap kali sebelum makan dan selepas makan, memudahkan anda untuk cukupkan keperluan air harian.
  6. Fill Up on Fiber
    Amalkan serat tinggi bantu untuk kita rasa kenyang dan kenyang lebih lama. Jumlah keperluan fiber untuk seorang dewasa adalah lebih kurang 25g sehari. Antara makanan yang mengandungi serat tinggi adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, whole grains, kekacang dan seeds.
  7. Cut Down on Refined Carbs
    Kurangkan pengambilan refined carbs dapat mengurangkan lemak berlebihan. Refined Carbs terdiri dari glisemik indeks yang tinggi, di mana mengakibatkan gula naik tinggi dan penurunan (crashes) blood sugar level yg membuatkan kita cepat rasa lapar semula. Antara makanan refined carbs, seperti pastries, process food, pastas, white bread, dan breakfast cereals. Gantikan dengan whole grains seperti whole wheat, quinoa, barli, oats, roti wholemeal, nasi brown rice.
  8. Increase Your Cardio
    Masukkan cardio dalam rutin, salah satu cara efektif untuk bakar lemak. Banyak kajian cadangkan antara 150-300 minit moderate to vigorous (intensiti serdehana hingga tinggi) atau anggaran 20-40minit senaman cardio setiap hari. Antara senaman kardio adalah Berlari, Jogging, Walking, Cycling dan Swimming.
  9. Drink Coffee
    Kafein adalah bahan utama untuk supplement bakar lemak. Dalam pembelajaran pengambilan kafein meningkatkan pengeluaran tenaga dan meningkatkan metabolisma 3-11%. Untuk meningkatkan manfaat kesihatan pada coffee, elakkan pengambilan coffee bersama gula dan susu. Enjoy it black.
  10. Try High-Intensity Interval Training (HIIT)
    Kajian menunjukkan HIIT adalah cara yang efektif untuk bakar lemak dan menurunkan berat badan. Satu kajian menunjukkan seorang lelaki muda, melakukan HIIT untuk 20 minit, 3 kali seminggu, berjaya mengurangkan 2kg body fat dalam 12 minggu tanpa melakukan perubahan pada diet dan gaya hidup. Mengikut kajian juga, melakukan HIIT bantu untuk membakar 30% lebih kalori dari senaman seperti cycling atau jogging.

Leave a Reply

%d bloggers like this: